Prinsip Perakaunan

Sijil Pelajaran Malaysia

Soalan lazim

Sekiranya para pelajar mempunyai sebarang masalah berkenaan subjek Prinsip Perakaunan. Sila ajukan soalan untuk perbincangan.

SOALAN DOKUMEN.

Soalan Pelajar:

“Cikgu saya tidak pandai nak buat soalan ini (DOKUMEN), susah sangatlah cikgu”. Itulah rungutan kebanyakkan pelajar cikgu yang kurang mahir dalam soalan dokumen.

Jawapan Cikgu:

Bagi cikgu , prinsip perakaunan adalah berkaitan KEMAHIRAN. Oleh itu para pelajar mesti banyak membuat latih tubi bagi meningkatkan kemahiran. Terdapat banyak soalan dalam laman-laman blog dan juga buku rujukan yang sesuai di pasaran. Dapatkan nasihat dari guru untuk mendapatkan buku rujukan yang terbaik.

Ada 2 ciri pelajar :

  1. Pelajar yang memahami dengan cepat pengajaran guru dan pelajar ini dapat berdikari apabila menjawab soalan dokumen.
  2. Pelajar yang lambat memahami pengajaran guru dan pelajar ini akan ketinggalan berbanding pelajar yang lebih cepat memahami. Oleh itu disarankan pelajar ini mengadakan satu kumpulan belajar (pelajar bijak sebagai mentor anda) untuk membuat perbincangan soalan / jawapan. Kumpulan ini boleh diguna juga untuk subjek lain.

Cikgu ada ringkaskan tenik menjawab soalan dokumen untuk digunakan para pelajar semasa membuat ulang kaji. Klik di sini.

Cikgu harap ia sedikit sebanyak dapat membantu pelajar.

Soalan Pelajar:

“Cikgu, saya tak fahamlah catatan Kontra. Pening kepala saya”. Ramai pelajar tidak memahami bagaimana hendak merekod catatan kontra.

Jawapan Cikgu :

Dalam soalan dokumen ada 2 dokumen yang melibatkan catatan Kontra.

  1. Slip Bank (Wang Tunai Masuk)
  2. Keratan cek

Untuk memudahkan pelajar kenalpasti iainya catatan kontra, kedua-dua dokumen ini mencatatkan tujuan iaitu UNTUK KEGUNAAN PEJABAT/PERNIAGAAN.

Untuk lebih memahami kegunaan dokumen ini :

  1. Slip bank (Borang Wang Tunai Masuk)

merupakan wang masuk iaitu TUNAI ke dalam BANK. (T ke B)

  1. Keratan Cek

-merupakan wang keluar iaitu BANK ke dalam TUNAI (B Ke T)

Merekod ke dalam BUKU TUNAI.

*SENTIASA MULA SEBELAH DEBIT BUKU TUNAI

1. Slip Bank (T ke B)

T

Butiran

DD

Tunai

Bank

T

Butiran

DT

Tunai

Bank

Tunai(k)

X

Bank (k)

X

2.Keratan Cek (B ke T)

T

Butiran

DD

Tunai

Bank

T

Butiran

DT

Tunai

Bank

Bank (k)

X

Tunai (k)

X

Semoga penerangan ini dapat membantu pelajar. Cuba buat latih-tubi dalam soalan dokumen.

9 Comments »

  1. knp ade gak yng plajar komen soalan dokumen susah..
    bg student smk seri iskandar, perak..
    soalan dokumen la yng plng sng..
    pape pon..
    god luck..

    Comment by nur amalina | September 17, 2008 | Reply

  2. Keratan cek dalam perkataan english ialah apa?

    Comment by MOON | September 23, 2008 | Reply

  3. adik nur amalina,
    Tahniah kepada adik dan rakan-rakan kerana dapat menguasai soalan dokumen. Tetapi masih ramai juga pelajar yang kurang memahami. banyak sebab kenapa perkara ini berlaku seperti:
    1. Kurang tumpuan semasa dalam kelas
    2. Tidak berkeyakinan
    3. Tidak menyiapkan tugasan
    4. Kurang membuat latihan/latih tubi (untuk meningkatkan kemahiran)
    Persoalannya terpulang kepada pelajar itu sendiri untuk menanam keyakinan dan juga minat terhadap mata pelajaran.
    Wassalam.

    Comment by Cikgu Awang | September 24, 2008 | Reply

  4. adik Moon,
    adik boleh rujuk istilah yang tepat dengan guru bahasa Inggeris. Cikgu juga buat rujukan dengan guru Bahasa inggeris dan menurut mereka istilah keratan cek dalam Bahasa Inggeris ialan ‘Counterfoil’.
    Sila sahkan semula ya.

    Comment by Cikgu Awang | September 24, 2008 | Reply

  5. kelas sangat bising hingga pelajar yang ingin belajar tidak dapat tumpu perhatian dengan baik. cikgu juga mengajar dengan cepat,pelajar tidak dapat ikut dengan turutan & banyak pelajar mengambil tution untuk dapat mengetahui lebih banyak ilmu pengetahuan,baik & teliti.

    Comment by Nashwini | September 27, 2008 | Reply

  6. camane nk hafal formula dokumen…?
    tiap kali periksa..semua bawak formula..
    ramai pelajar lelaki klas saya da give up..
    xnak teruskan akaun..tp nk ambil perdagangan thn dpn..
    apa pendapat encik?
    time periksa mmg susah ar nak wat soalan perakaunan..tak tau nape..

    Comment by afiqah | December 6, 2008 | Reply

    • adik tak perlu risau nak hafal dokumen, ini akan memberikan tekanan kpd adik. adik kena memahami dokumen tersebut dan kegunaannya. Selain itu untuk tahun hadapan Soalan dokumen tidak akan di soal lagi sebaliknya menjadi kerja kursus (kertas 3). Peluang untuk lulus kertas 3 cerah jika adik mengikuti perancangan /jadual yang disediakan guru.

      Comment by Cikgu Awang | December 11, 2008 | Reply

  7. sifu,ble tlg sye x??
    sye ade mslh dlm ak. pembubaran perkongsian
    ble sifu sifu tlg sye,pe ak. yg msti dt. kt.
    i’m lost,help me sifu
    PLEASE
    email-fabulouscorpio92@yahoo.com

    Comment by ayied | April 15, 2009 | Reply

  8. skrg sy mula memahami pelajaran akaun nie.alhamdulillah…. tpapabila sy membuat ulangkaji…syjd mudah lupa. knp agaknyer??? ketika ulangkaji, sy tdk terlalu nervous/”panik”. sy pun xpasti knp ianya terjadi. mcm mn nk kuatkan ingatan sy nie??? selain memakan kismis/madu.

    Comment by zahirah | November 3, 2009 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: