Prinsip Perakaunan

Sijil Pelajaran Malaysia

Islamic Calendar

Advertisements

April 12, 2010 Posted by | Uncategorized | 1 Comment

SOALAN TRIAL 2009

Soalan Trial Negeri 2009 sumbangan Cikgu Narzuki, klik di sini.

October 20, 2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Keputusan SPM, STAM 2008 12 Mac

Sumber : http://www.moe.gov.my/
KUALA LUMPUR 5 Mac – Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2008 akan diumumkan pada12 Mac ini.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom dalam kenyataan hari ini berkata, calon yang menduduki kedua-dua peperiksaan itu boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing- masing bermula pukul 10pagi.

“Calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri,” katanya.

Sementara itu, keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2008 akan diumumkan pada 10 Mac ini.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam kenyataan berkata, calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing bermula pukul 12 tengah hari manakala calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos.

Calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip STPM JARAK No. kad pengenalan dan hantar ke39003 atau laman web Majlis Peperiksaan Malaysia http://www.mpm.edu.my mulai pukul 12 tengah hari pada hari berkenaan.

Bahagian Pengurusan Maklumat Profil Jabatan
Kementerian Pelajaran Malaysia

March 7, 2009 Posted by | Uncategorized | , | Leave a comment

PERLAKSANAAN FORMAT PENTAKSIRAN BARU BERMULA SPM 2011

Dipetik dari laman blog cikgu narzuki………
TERKINI ~ PERLAKSANAAN FORMAT PENTAKSIRAN BARU BERMULA SPM 2011
Disember 17, 2008 — Cg Narzuki

Maklumat yang terbaru diterima daripada pegawai LPM bahawa HSP baru akan dilaksanakan mulai tahun 2010 dan penangguhan perlaksanaan Format Pentaksiran Baru akan bermula bagi calon SPM 2011. Berita tersebut sudah tentu akan mengembirakan para guru dan calon SPM 2009 semua.

Itu saja maklumat yang boleh saya kongsikan buat masa ini, bagi menentukan sejauh mana kebenarkan maklumat tersebut sama-sama kita tunggu akan kesahihan / hitam-putih terlebih dahulu.

Maklumat Terkini !!! Saya  (cikgu Narzuki) baru saja mendapat maklumat bahawa SURAT RASMI penanguhan perlaksanaan HSP dan Format Pentaksiran Baru telah mula diedarkan ke semua sekolah2.

Nampaknya HSP baru juga ditangguhkan kerana penyediaan buku teks / modul seperti yang diperkatakan sebelum ini hanya dapat disiap sehingga akhir tahun 2009. Oleh itu perlaksanaan HSP baru juga ditangguhkan, iaitu bermula pelajar tingkatan 4 pada 2010 dan format pentaksiran baru SPM 2011.

terima kasih cikgu Narzuki. Harap guru dan pelajar maklum dengan perubahan terkini.

January 14, 2009 Posted by | Uncategorized | , | 2 Comments

Sirih pulang ke gagang.

Cikgu minta maaf sebab kebelakangan ini cikgu tidak dapat menjawab soalan pelajar kerana cikgu kini sibuk dengan urusan perpindahan sekolah. untuk makluman pelajar, mulai Januari 2009 cikgu akan berpindah ke Kuching dan akan mengajar di SMK St Joseph. Untuk tahun hadapan cikgu tidak tahu lagi subjek nak di ajar tapi cikgu berharaf akan terus mengajar subjek yang cikgu minati.

Sehingga berjumpa lagi.

November 28, 2008 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

SEMOGA BERJAYA

Di kesempatan ini cikgu ingin mengucapakan kepada semua pelajar yang mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan (3756) SPM 2008, khasnya calon SMK Baru Miri dan juga pengunjung laman ini amnya.

SEMOGA BERJAYA DENGAN CEMERLANG DALAM SPM 2008.

November 6, 2008 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Sasaran SPM 2008 dan Penarafan Antarabangsa

Cikgu berpeluang melawati laman blog Cikgu Rithuwan Nasir dan Cikgu Narzuki di mana skop perbincangan adalah mengenai soalan yang keluar pada tahun ini (2008). Sekadar ingin berkongsi dan mengiakan pendapat mereka bahawa tahun ini mungkin terdapat sedikit perubahan dalam soalan dan juga aspek pemarkahan. bahkan perubahan ini telah mula dilaksanakan dalam SPM 2007.

Pada 23-23 April yang lepas cikgu dan cikgu hamidon berpeluang mengikuti Kursus Penataraan Zon Sarawak (Prinsip Perakaunan) di Merdeka Palace, Kuching. Di sini cikgu ingin berkongsi sedikit pengetahuan. Untuk mengetahui tujuan penanda aras Antarabangsa prisip perakaunan sila rujuk di sini

projek-penandaaras-antarabangsa-pak

Beekenaan soalan yang akan disoal dalam SPM 2008, cikgu setuju dengan cikgu Narzuki dan Cikgu Rithuwan. Terdapat soalan ‘anchor’ atau teras dalam ujian antaranya:

1.Akaun Perkongsian

2. Ak Kelab dan Persatuan

3.Rekod tak lengkap

4. Ak. Kawalan

5. Ak. Penamat.

Oleh itu Soalan 1 tetap Soalan Dokumen Perniagaan manakala Soalan 2 dan Soalan 3 daripada Soalan Anchor dan Soalan 4, 5 dan 6 dari topik-topik lain. Untuk mengetahui sedikit gambaran soalan boleh rujuk bahan kursus penataraan cikgu ( kursus-penataraan-zon-sarawak ). ini sebagai panduan sahaja.

Selain itu kami juga dibekalkan dengan soalan spesimen/contoh daripada LCCI. Jadi nanti cikgu-cikgu bolehlah ada sedikit gambaran bakal soalan dan gaya penyoalan. untuk spesimen soalan klik di sini

spesimen-soalan-lcci . Di harap maklumat ini sedikit sebanyak dapat membantu guru-guru.

Tapi cikgu nak yakinkan pelajar agar jangan terlalu bimbang. Cikgu anda tahu untuk memberi yang terbaik kepada anda semua.

August 7, 2008 Posted by | Uncategorized | , , , , , , | 6 Comments

Soalan dokumen perniagaan.

Soalan latihan dokumen perniagaan. Dapatkan di sini.

dokumen-perniagaan-11

skema jawapan akan diterbitkan kemudian.

May 21, 2008 Posted by | Uncategorized | 3 Comments

Mara-permohonan terbuka lulusan SPM

Dipetik daripada Berita Harian,20 Mei 2008(Selasa)

Berita baik untuk lepasan SPM 2007. Jangan lepaskan peluang ini.

Mara anjur program permohonan terbuka bagi lulusan SPM

KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan menganjurkan program permohonan terbuka bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang belum mendapat tempat di Institusi Pengajian Tinggi di seluruh negara mulai 2 Jun ini.

Mara dalam satu kenyataan hari ini berkata, program itu bertujuan mendedahkan kepada pelajar, terutama pelajar bumiputera, mengenai peluang pendidikan yang ada.

Menurutnya, program itu disertai oleh pelbagai institusi pendidikan Mara termasuk Kolej Profesional Mara (KPM), Institut Kemahiran Mara (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi Mara(KKTM), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) dan German-Malaysian Institut (GMI).- Bernama

May 20, 2008 Posted by | Uncategorized | , , , , , , | 1 Comment

takwim peperiksaan awam 2008

takwim-peperiksaan-tahun-2008

May 6, 2008 Posted by | Uncategorized | Leave a comment