Prinsip Perakaunan

Sijil Pelajaran Malaysia

Profil

Nama : Awang Shukri Awang Suut

Pendidikan :Ijazah Perakaunan (Universiti Putra Malaysia, 1993-1997)

Diploma Pendidikan (KPLI, Maktab Perguruan Gaya, 2000-2001)

Perkhidmatan: 2002-2008 SMK Baru, Miri

2009 – —-   SMK St Joseph, Kuching

Minat Khusus : ICT

Semoga laman blog ini memberi manfaat kepada semua pelajar.

15 Comments »

  1. assalamualikum .boleh saya dapatkan bantuan cikgu untuk mengajar serba sedikit tentang akuan persatuan.
    sy berharap cikgu dpt membantu saya..saya adalah seorg bendahari persatuan..jadi sy mahu akaun saya betul2 mengikut sistem aku persatuan..buat mase skrg sya hanya buat akaun penerimaan dan perbelanjaan…

    Comment by khairul | November 10, 2008 | Reply

  2. hai.. saya juga tak dapat nak buka huraian sukatan prinsip perakaunan 2009. saya harap cikgu dapat membantu

    Comment by cikgu fatin | January 7, 2009 | Reply

  3. salam cikgu awang..apa khabar?saya sekarang menggantikan tempat cikgu awang mengajar akaun..huhuhu..banyak yang perlu saya pelajari..k la..gud luck 🙂

    Comment by mazlina | January 10, 2009 | Reply

    • hehe…wsalam…khabar baik. jangan risau mazlina…. cikgu midon kan ada. sifu saya dulu masa di sana. harap kita dapat bertukar-tukar fikiran.

      Comment by Cikgu Awang | January 14, 2009 | Reply

  4. Salam, kat UPM ambil course apa? Dok kolej mana?

    Comment by JULINA JONED | January 12, 2009 | Reply

    • wslm, ijazah perakaunan, duduk kolej 7, masa ni dah tukar nama.

      Comment by Cikgu Awang | January 14, 2009 | Reply

  5. ok…nanti kalau ada apa2 saya boleh la tanya cikgu awang kan..hehehehe…

    Comment by mazlina | January 15, 2009 | Reply

  6. askum.cg awang cht?family cht?sy idayu.masih ingat.sy pernah mengajar d smk baru miri (2005-2007)tp bila berpindah kt penang,sy kena mengajar p.akaun.tahun ni merupakan tahun kedua sy sbg cg akaun.tahun lepas banyak yang sy belajar melalui web site ini…thanks ye.arap cg awang boleh bantu sy mjd guru akaun yang bjaya..kirim salam pd family ye.ohye sy dgr dr eni cg dh dpt pindah ke kuching.taniah..wife cg mengajar kt mane.sek sama?

    Comment by idayu | January 26, 2009 | Reply

    • wslm idayu… tentulah masih ingat. famili chat. sekarang dah transfer balik kuching. tahniah dapat mengajar akaun, semakin banyaklah lahir pelajar yang mahir akaun nanti. kalau ada maklumat boleh di kongsi bersama.

      Comment by Cikgu Awang | January 31, 2009 | Reply

    • wsalam cikgu idayu……famili semua sihat. saya harap laman ini dapat sedikit sebanyak membantu cikgu. Laman ini masih banyak kekurangan terutama kekangan masa dan pengetahuan yang sedikit dalam bidang nie (blog). nanti boleh bertukar maklumat. isteri saya mengajar di SMK Tunku Abdul Rahman, ajar sains dan moral. saya kat SMK St Joseph Kuching. Ajar akaun dan P am.

      Comment by Cikgu Awang | February 4, 2009 | Reply

  7. aku kawan kau kat maktab gaya dulu. firdaus. so tolong hantar no tel mu yang terkini. baguslah kau dah ada website.

    Comment by MOHD FIRDAUS | February 10, 2009 | Reply

    • wslm…. daus… apa khabar? memang dah lama tak jumpa. baik juga ada blog nie boleh jumpa kawan lama. 0138166327. Dah tentu banyak nak crita. Selalulah email kawe.

      Comment by Cikgu Awang | February 11, 2009 | Reply

  8. Salam Cg Awang….
    Tahniah kerana sudah berpindah di St Joe Kuching. Pengetua kami baru saja berpindah di St Joe. Beliau merupakan pengetua yang sgt rajin dan kuat disiplin. Cg Awang, sekolah kita masih di bawah Zon A. Mungkin kita akan berjumpa semasa mesyuarat zon nanti di SMK Kuching Town No.1. Tahun ini berapa kelas akaun yang cikgu ajar? Dalam sidang atau luar sidang?

    Comment by Habsah | February 21, 2009 | Reply

    • Wsalam cikgu Habsah,
      Terima kasih atas ucapan perindahan. Nampaknya saya sekarang dibawah bekas Pengetua cikgu. Dan memang dia ada cara tersendiri. Masa sekarang saya mengajar satu kelas luar sidang sahaja. itulah, oleh kerana subjek elektif saya harap akan lebih banyak pelajar sedar kepentingan subjek Prinsip Perakaunan ini. Saya juga berharap dapat jumpa cikgu nanti.
      C U

      Comment by Cikgu Awang | February 23, 2009 | Reply


Leave a reply to Habsah Cancel reply