Prinsip Perakaunan

Sijil Pelajaran Malaysia

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Tanggal 16 Mei datang lagi, pastinya tarikh ini dinantikan oleh para guru. Semakin menghampiri tarikh ini, banyak keluhan dan harapan guru-guru yang terpampang di akhbar. Pelbagai isu dan rungutan daripada guru yang bekerja di pendalaman mahupun di kawasan bandar. Masing-masing mempunyai isu yang tiada kesudahannya.
Kini dalam zaman teknologi maklumat (E-Knowledge), guru berdepan dengan cabaran pendidikan yang lebih hebat lagi. Zaman mendepani guru. Pelajar lebih memperolehi maklumat daripada guru. Bahkan aspek pedagogi mengalami evolusi yang hebat yang perlu guru tempuhi. Ini semua demi memperlengkapkan diri guru dengan peredaran masa.
Tidak kira apa pun isu atau rungutan guru, tugas mendidik menjadi perniagaan utama. Gurulah agen yang akan membentuk generasi akan datang. Gurulah yang membentuk keperibadian dan sahsiah pelajar menjadi ‘seseorang’ yang dihormati seterusnya menjadi tunjang dalam membina negara bangsa ‘SATU MALAYSIA’.
SELAMAT HARI GURU.
Sasterawan Negara
Dato’ Usman Awang
Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Sarawak
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

May 15, 2009 - Posted by | educations

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: