Prinsip Perakaunan

Sijil Pelajaran Malaysia

Sasaran SPM 2008 dan Penarafan Antarabangsa

Cikgu berpeluang melawati laman blog Cikgu Rithuwan Nasir dan Cikgu Narzuki di mana skop perbincangan adalah mengenai soalan yang keluar pada tahun ini (2008). Sekadar ingin berkongsi dan mengiakan pendapat mereka bahawa tahun ini mungkin terdapat sedikit perubahan dalam soalan dan juga aspek pemarkahan. bahkan perubahan ini telah mula dilaksanakan dalam SPM 2007.

Pada 23-23 April yang lepas cikgu dan cikgu hamidon berpeluang mengikuti Kursus Penataraan Zon Sarawak (Prinsip Perakaunan) di Merdeka Palace, Kuching. Di sini cikgu ingin berkongsi sedikit pengetahuan. Untuk mengetahui tujuan penanda aras Antarabangsa prisip perakaunan sila rujuk di sini

projek-penandaaras-antarabangsa-pak

Beekenaan soalan yang akan disoal dalam SPM 2008, cikgu setuju dengan cikgu Narzuki dan Cikgu Rithuwan. Terdapat soalan ‘anchor’ atau teras dalam ujian antaranya:

1.Akaun Perkongsian

2. Ak Kelab dan Persatuan

3.Rekod tak lengkap

4. Ak. Kawalan

5. Ak. Penamat.

Oleh itu Soalan 1 tetap Soalan Dokumen Perniagaan manakala Soalan 2 dan Soalan 3 daripada Soalan Anchor dan Soalan 4, 5 dan 6 dari topik-topik lain. Untuk mengetahui sedikit gambaran soalan boleh rujuk bahan kursus penataraan cikgu ( kursus-penataraan-zon-sarawak ). ini sebagai panduan sahaja.

Selain itu kami juga dibekalkan dengan soalan spesimen/contoh daripada LCCI. Jadi nanti cikgu-cikgu bolehlah ada sedikit gambaran bakal soalan dan gaya penyoalan. untuk spesimen soalan klik di sini

spesimen-soalan-lcci . Di harap maklumat ini sedikit sebanyak dapat membantu guru-guru.

Tapi cikgu nak yakinkan pelajar agar jangan terlalu bimbang. Cikgu anda tahu untuk memberi yang terbaik kepada anda semua.

August 7, 2008 - Posted by | Uncategorized | , , , , , ,

6 Comments »

  1. Terima kasih di atas makluman yang diberikan diatas serta bahan-bahan yang disertakan.

    Semoga Allah rahmati kehidupan cikgu dan ahli keluarga.

    Comment by sifu2b | August 17, 2008 | Reply

  2. […] ini alamat pos Cikgu Awang bertajuk Sasaran SPM 2008 dan Penarafan Antarabangsa. Didalamnya mengandungi beberapa dokumen yang perlu dibaca untuk memahami kenapakah perubahan […]

    Pingback by Prinsip Perakaunan Sasaran SPM 2008 dan Penarafan Antarabangsa « Sifu Anda Menulis | August 22, 2008 | Reply

  3. terima kasih juga kepada Sifu yang telah banyak menyumbang kepada pembelajaran maya ini.
    Semoga semua guru dan terutama sekali pelajar mendapat manfaatnya.

    Comment by Cikgu Awang | August 27, 2008 | Reply

  4. terima kasih ckgu Awang…

    Comment by Vin | August 27, 2008 | Reply

  5. Saya ingin tahu mengenai peluang pekerjaan di bidang akaun sekiranya saya mengambil diploma LCCI serta diharapaan cikgu dapat memberi beberapa contoh pekerjaan selepas mendapat diploma LCCI tersebut.
    terima kasih.

    Comment by zan | January 7, 2009 | Reply

  6. Cikgu Awang apa khabar ?

    Tahniah ler sb pilih kerjaya guru.
    Saya abang Halim ( ex-roomate Rafik ).
    Hubungi saya kalau ada kelapangan.
    Ok, bye.

    Comment by ABDUL HALIM B RAMLI | May 8, 2009 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: