Sirih pulang ke gagang.
Cikgu minta maaf sebab kebelakangan ini cikgu tidak dapat menjawab soalan pelajar kerana cikgu kini sibuk dengan urusan perpindahan sekolah. untuk makluman pelajar, mulai Januari 2009 cikgu akan berpindah ke Kuching dan akan mengajar di SMK St Joseph. Untuk tahun hadapan cikgu tidak tahu lagi subjek nak di ajar tapi cikgu berharaf akan terus mengajar subjek yang cikgu minati.
Sehingga berjumpa lagi.
Permohonan kemasukan ke IPTA dalam talian
KENYATAAN AKHBAR
PERMOHONAN FASA 1 APLIKASI DALAM TALIAN
( ONLINE APPLICATION )
UNTUK KEMASUKAN KE IPTA
BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAF
SESI AKADEMIK 2009/2010
SEMOGA BERJAYA
Di kesempatan ini cikgu ingin mengucapakan kepada semua pelajar yang mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan (3756) SPM 2008, khasnya calon SMK Baru Miri dan juga pengunjung laman ini amnya.
SEMOGA BERJAYA DENGAN CEMERLANG DALAM SPM 2008.
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN 2009
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN 2009
KUAT KUASA : JANUARI 2009
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Dikesempatan ini cikgu ingin mengucapkan selamat hari raya terutama kepada anak didik cikgu khasnya dan kepada semua pelajar muslim di seluruh Malaysia. Selamat Hari Raya juga kepada rakan-rakan seperjuangan cikgu Hamidon, Cikgu Rithuwan dan Cikgu Narzuki dan guru-guru yang mengajar subjek Prinsip Perakaunan.
Untuk para pelajar, Cikgu harap para pelajar di dalam menyambut kemeriahan tidak lupa untuk mengulang kaji pelajaran terutama Prinsip Perakaunan sebab subjek ini perlukan pelajar sentiasa membuat latih tubi.
Cikgu akan menyambut aidil fitri di kampung halaman (Kuching) dan akan kembali semula ke Miri pada 4 Oktober 2008.
Jadual waktu spm 2008
jadual waktu spm 2008, sila dapatkan di sini
Sasaran SPM 2008 dan Penarafan Antarabangsa
Cikgu berpeluang melawati laman blog Cikgu Rithuwan Nasir dan Cikgu Narzuki di mana skop perbincangan adalah mengenai soalan yang keluar pada tahun ini (2008). Sekadar ingin berkongsi dan mengiakan pendapat mereka bahawa tahun ini mungkin terdapat sedikit perubahan dalam soalan dan juga aspek pemarkahan. bahkan perubahan ini telah mula dilaksanakan dalam SPM 2007.
Pada 23-23 April yang lepas cikgu dan cikgu hamidon berpeluang mengikuti Kursus Penataraan Zon Sarawak (Prinsip Perakaunan) di Merdeka Palace, Kuching. Di sini cikgu ingin berkongsi sedikit pengetahuan. Untuk mengetahui tujuan penanda aras Antarabangsa prisip perakaunan sila rujuk di sini
projek-penandaaras-antarabangsa-pak
Beekenaan soalan yang akan disoal dalam SPM 2008, cikgu setuju dengan cikgu Narzuki dan Cikgu Rithuwan. Terdapat soalan ‘anchor’ atau teras dalam ujian antaranya:
1.Akaun Perkongsian
2. Ak Kelab dan Persatuan
3.Rekod tak lengkap
4. Ak. Kawalan
5. Ak. Penamat.
Oleh itu Soalan 1 tetap Soalan Dokumen Perniagaan manakala Soalan 2 dan Soalan 3 daripada Soalan Anchor dan Soalan 4, 5 dan 6 dari topik-topik lain. Untuk mengetahui sedikit gambaran soalan boleh rujuk bahan kursus penataraan cikgu ( kursus-penataraan-zon-sarawak ). ini sebagai panduan sahaja.
Selain itu kami juga dibekalkan dengan soalan spesimen/contoh daripada LCCI. Jadi nanti cikgu-cikgu bolehlah ada sedikit gambaran bakal soalan dan gaya penyoalan. untuk spesimen soalan klik di sini
spesimen-soalan-lcci . Di harap maklumat ini sedikit sebanyak dapat membantu guru-guru.
Tapi cikgu nak yakinkan pelajar agar jangan terlalu bimbang. Cikgu anda tahu untuk memberi yang terbaik kepada anda semua.
Event : Exam workshop
Event : Exam Technique Workshop for SPM ‘Prinsip Perakaunan’ Students
Venue : Pustaka Miri Auditorium
Date : 23 July 2008 (Wednesday)
Time : 1.00 – 5.00 pm
Organiser : ACCA Malaysia Sdn Bhd
Participation : Students (Miri) by invitation.
Refleksi:
24 Julai 2008 (Khamis)
Cikgu tak dapat hadir sesi bengkel tersebut akibat sakit mata tapi Cikgu Hamidon (SMK Baru) pergi. Dari maklumat yang beliau berikan, sesi bengkel tersebut berjaya dan macam biasa saja. Sama saja format macam peperiksaan yang para pelajar hadapi di sekolah. Tiada perbezaan yang ketara. Oleh itu para pelajar jangan risau, ikutilah panduan yang diberikan oleh guru-guru anda yang lebih mengetahui. Cikgu ingin berkongsi bahan bengkel tapi bahan tersebut diperoleh dari buku ramalan SPM.
Walau bagaimana pun terima kasih kepada pihak ACCA yang berusaha mendekatkan pelajar dengan badan profesional seperti mereka. Tahniah.
Tranformasi pendidikan 2010
Dipetik daripada Utusan Malaysia
Transformasi pendidikan bermula 2010
KUALA LUMPUR 12 Jun – Kementerian Pelajaran akan melaksanakan transformasi sistem pendidikan bermula 2010 bagi meningkatkan kualiti akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah murid.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, transformasi tersebut akan melibatkan beberapa perubahan dari segi kurikulum dan sistem peperiksaan sekolah.
”Kami akan buat perubahan dari segi kandungan kurikulum supaya ia menjadi lebih menarik dan seronok serta tidak membebankan pelajar.
”Kita nak wujudkan konsep ‘pelajar berlari ke sekolah dan berjalan pulang ke rumah’ sebagai menunjukkan betapa mereka seronok dan teruja untuk menimba ilmu di sekolah,” katanya ketika berucap merasmikan sambutan Hari Guru peringkat daerah Hulu Langat di sini hari ini.
Alimuddin berkata, selain kurikulum, transformasi tersebut juga akan melibatkan perubahan kepada sistem penilaian supaya tidak hanya berasaskan peperiksaan.
Menurutnya, melalui sistem penilaian baru itu, prestasi para pelajar akan dinilai sejak mereka berada di tahun satu lagi.
”Ini bermakna ketika pelajar-pelajar itu menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), peperiksaan mereka melibatkan silibus yang kecil sahaja kerana mereka telah dinilai sejak awal lagi,” jelasnya.
Beliau memberitahu, sistem yang bakal dilaksanakan itu akan menggunakan sistem pengumpulan mata seperti dilaksanakan di universiti.
Menurut Alimuddin lagi, tahun ini sebanyak 50 sekolah telah dipilih sebagai perintis bagi melaksanakan transformasi tersebut dan ia akan diteruskan kepada 500 buah lagi pada tahun hadapan serta ke seluruh negara menjelang 2010.
Beliau berharap, melalui mekanisme transformasi itu, lebih ramai pelajar yang bermutu, berilmu pengetahuan dan berdisiplin dapat dilahirkan menjelang tahun 2020.
”Pelajar-pelajar yang berada di peringkat sekolah sekarang ini akan berusia antara 20 hingga 30 tahun menjelang 2020 dan produktiviti mereka sangat diperlukan untuk memajukan negara,” katanya.
Percutian ke Sabah
Tarikh:27 Mei – 30 Mei 2008.
Tempat : 1. Air Panas Poring 2. Kota Kinabalu.
Pada cuti semester yang lepas, cikgu berpeluang melancong bersama-sama keluarga ke Sabah. Dapatlah melepaskan sedikit keletihan mengajar (seronok mengajar) di samping menyahut seruan kerajaan untuk melancong dalam negeri. Percutian ini seperti kembali ke kampung halaman, sebab cikgu pernah menuntut di Maktab Perguruan Gaya, KK (2001)
Perjalanan bermula dengan bertolak dari Miri dan singgah ke Limbang (besan) yang turut serta dalam percutian. Cikgu bersyukur kerana sepanjang perjalanan selama 5 jam banyak kawasan yang dilalui. Bersyukur juga sepanjang lawatan banyak sekolah menengah dan rendah dilewati dan cikgu sedar betapa bertuahnya kita sebagai rakyat Malaysia. Banyak kemudahan disedikan untuk anak bangsa. Dari Limbang, Lawas, Sepitang, Beufort, Inanam ke Kota Kinabalu terdapat banyak sekolah. Cikgu sendiri pernah menjalani praktikal di SMK Kuala Penyu. Cikgu gembira sepanjang di sana.
Hari pertama menginap di Kompleks Tabung Haji, KK. Sewa berpatutan. Hari kedua perjalanan menuju ke Kolam Air Panas Poring dan Taman Kinabalu. Lebih kurang 2 jam dari KK. Sekali lagi cikgu tertarik dengan keindahan flora dan fauna sepanjang perjalanan. Rugi juga rasa tak sempat berendam dalam kolam air panas, memang panas, sebab ramai orang. waktu cuti katakan. Perjalanan balik singgah ke Taman Kinabalu. Cuaca waktu tu mendung. Cikgu menyusuri jalan kecil sepanjang taman tersebut. Kabus tebal dan udara sangat sejuk. Seronoknya. Sungguh indah sekali. Tapi mengikut makluman rakan-rakan, kesejukan di kawasan Kundasang telah berkurangan berbanding dulu. Ya, ini akibat perbuatan manusia juga. Cameron Highland sekarang pun dah tak sejuk. Rakyat Sabah mesti berbangga dengan khazanah pemberian Yang Maha Kuasa.
Sekembali ke KK kami menginap di Apartment Promenede. Kadar sewa berpatutan. sepanjang berada di KK selama 2 hari pelbagai tempat di lawati. Pasar Filipina, Muzium, Shopping Kompleks. Wah sungguh berbeza KK kini berbanding dahulu. Pelbagai bangsa, bahasa dan budaya bersatu dalam satu masyarakat majmuk. Bertuah lagi kerana hidup di Malaysia yang aman damai.
Percutian yang berbaloi walaupun letih. Semoga suatu hari nanti cikgu akan dapat pergi lagi ke Sabah. Tempat yang paling jauh cikgu pergi dulu ke Sandakan. Teringin sekarang nak malawat Tawau, Semporna dan Lahad Datu. Cikgu pun lama tak berhubungan dengan rakan-rakan lama.
Tamat cuti, kini tumpuan kembali kearah persediaan anak murid. Dengan fikiran yang lebih tenang dan segar semoga dapat menyampaikan ilmu dengan lebih berkesan lagi.
Selamat Tinggal Sabah. Jumpa lagi.
