Prinsip Perakaunan

Sijil Pelajaran Malaysia

Tingkatan 6 atau Diploma

Cikgu yakin pasti ada di antara pelajar yang ketika ini dalam dilema sama ada hendak melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma atau Tingkatan 6. Ramai guru dan pelajar mengatakan Tingkatan Enam paling sukar, para pelajar rasa takut dan menolak tawaran Tingkatan 6. Cikgu pun seperti anda dahulu (16 tahun dahulu). tidak yakin kemana arah tuju?

Di sini cikgu nak beri beberapa tips/panduan supaya pelajar dapat berfikir dengan tenang tentang pilihan yang nak dibuat.

1. Cemerlang dalan SPM, dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke matrik/diploma.

a. Jika kursus yang anda perolehi dan anda minat dengan kursus tersebut maka teruskan.

b. Kursus yang diperolehi tidak anda minati, cuba lihat secara positif dan tanamkan minat dalam diri anda.

Cemerlang tapi tidak mendapat tempat di mana-mana IPTA, maka anda boleh buat pilihan ke IPTS atau T 6.(yakin dengan diri anda-banyak kelebihan lain di Tingkatan 6)

2. Pencapaian sederhana dalam SPM

a. Jika dapat tawaran IPTA, teruskan dan mulakan episod baru dalam kehidupan anda.

b. tidak dapat tawaran IPTA/matrik, jangan putus asa. Cuba memohon di IPTS/Kolej komuniti.

c. dapat tawaran Tingkatan 6, terima dan alamilah pengalaman yang sangat berguna.

3. Pencapaian lemah

a. Tidak mendapat tawaran di mana-mana, jangan putus asa. Cuba memohon untuk memasuki pusat-pusat latihan teknikal yang ada di Malaysia. Terlalu banyak seperti CIDB, ILP, Giat Mara, Politeknik dll.

Nescaya anda akan berjaya.

“Seseungguhnya para pelajar sendiri yang mencorakkan masa depan pelajar sendiri”. Cikgu yang membimbing dan memberi nasihat sahaja. Ikut kata hati dan minta pendapat dari orang yang lebih arif.

Sekian.

About these ads

May 6, 2008 - Posted by | educations | , , , ,

18 Comments »

  1. halo.?? ble tnya,, ada perakaunan untk T6 ke..????

    Comment by reslee m | November 20, 2008 | Reply

  2. saya gagal dlm subjek matematik spm..bolehkah saya memohon utk tingkatan 6 ??;(

    Comment by randy | March 26, 2009 | Reply

    • cikgu harap adik boleh merujuk pihak sekolah adik untuk pengesahan

      Comment by Cikgu Awang | March 30, 2009 | Reply

  3. skum…
    cikgu awang nk tnya sy meminati bdang ict ..
    ada aliran ict x dlm t6??
    dan bagaimana utk ncari sek yg mmpunyai sbjek ict..
    sy sdah brtnya pd phak sek nmun mreka x tau la..
    klau x kberatan leh tros emel sy ea cikgu aysuqi@yahoo.com
    time kasih

    Comment by syauqi | April 13, 2009 | Reply

    • adik boleh merujuk ke laman web Kementerian Pelajaran. Dan untuk sekolah yang menawarkan ICT cikgu kurang pasti.

      Comment by Cikgu Awang | April 24, 2009 | Reply

  4. Assalanualaikum,
    Cikgu Awang apa khabar ? Isteri sydah berapa orang, anak berapa dozen agaknya. Sila hubungi saya kalau masih kenal. Dulu Cikgu Awang sangat favorite dengan mee maggi. Contact no saya 012-9646959, okey. Bye.

    Comment by ABDUL HALIM B RAMLI | May 6, 2009 | Reply

  5. salam…….sir,
    sy nak tnya napa ckgu skunk ni pndang rendah sngt
    dgn student yg cntnue form 6……..
    sy rasa trklan bla ckgu tnya
    “napa msuk form 6 tak dpt twaran lain ke”
    sy rsa sy nak msk form 6 coz level form 6
    sma je ngan dploma………lgipun sy rasa form 6
    jmat skit kewngan n spen time……
    x mcm dploma 3thn,byr yran smster,sara hdup n brhtang lg
    bab buat pnjman…tu pun blum tntu graduate…..
    please sir give u opnion n advice…….
    utk kyakinan diri sy mperjuangkn masa dpan sy……

    Comment by aisyah | May 13, 2009 | Reply

    • wsalam….
      berat rasa cikgu nak jawap soalan nie sebab cikgu bukannya seorang kaunselor yang bertauliah. Tapi bagi cikgu adik dah cukup matang untuk membuat pemrhatian dan penilaian sendiri. Adik boleh merujuk dari senior adik, atau sesiapa sahaja yang adik ketahui telah menduduki stpm. Tapi dari pengalaman cikgu yang juga pernah memasuki Tingkatan 6, cikgu beri pandangan dari pengalaman cikgu.
      Adik… jika adik memang telah mendapat tawaran yang baik dari mana-mana institusi pengajian tinggi awam. Pada pendapat cikgu adik harus terima. Cikgu dulupun pernah dapat tawaran ke politeknik tapi cikgu tolak dam masuk Tingkatan 6. Peluang kedua mungkin tidak akan datang sekali lagi.
      Jika adik tidak mendapat tawaran mana-mana institusi, bagus adik teruskan di Tingkatan 6. Sesetengah pelajar terutama pelajar Cina sukar masuk ke IPTA/ matrikulasi kerana kuota. Mereka masuk Tingkatan 6 dapat mendapat keputusan cemerlang. Program Ijazah dalam tangan itupun persaingan hebat. Di Tingkatan 6 adik harus lebih berusaha untuk mendapat keputusan cemerlang di kalangan cemerlang.
      Adik harus buat keputusan sendiri dan bertanggungjawab dengan segalan keputusan adik.
      Cikgu cuma tidak bersetuju dengan kata-kata seperti dilontar oleh cikgu tertentu. Ini akan menjejaskan semangat dan motivasi pelajar.
      wsalam.

      Comment by Cikgu Awang | May 13, 2009 | Reply

  6. aslmkm…

    sy nk tnye skt…. sy dpt msok tingkatan 6… sy kliru nk plh subjek pew… sy ade basic pa… pe ptot sy buat??? pt0t ke sy ambk pa 0 geo??? mne 1??? sy mmg dpt twaran ke pngajian tinggi tp ijazah mengutamakn stpm t’lebih dahulu dbandingkan dgn matrik n dip…. so sy nk tnye pndapat cikgu…. pt0t ke sy ambk pa sbg subjek plhan sy….klu nk tnye pasal minat 2… sy xpastila….

    Comment by fyza... | May 16, 2009 | Reply

    • adik….. cikgu ulangi yang cikgu bukan seorang kaunselor dan menasihati adik memilih subjek tertentu. basic yang adik ada di Tingkatan 5 dengan tingkatan 6 adalah berbeza sekali tapi sekurang-kurangnya membantu. adik cuba dapatkan maklumat lanjut tentang subjek pa ini dari rakan ataupun senior. dapatkan khidmat nasihat cikgu yang mengajar, mereka lebih tahu kemampuan adik. Tapi bagi cikgu, jika adik yakin dan sanggup untuk bekerja keras adik akan berjaya.
      wsalam

      Comment by Cikgu Awang | May 20, 2009 | Reply

    • adik fyza… cikgu rasa adik ikuti dulu subjek pa, kemudian adik boleh buat penilaian. Cikgu ada pengalaman di mana pelajar yang tidak mempunyai asas pa dapat keputusan yang cemerlang dalam stpm tetapi sebaliknya pelajar yang baik pa dalam spn gagal pa dalam stpm. spm dan stpm dua perkara yang berbeza tetapi mempunyai asas pa lebih baik drpd langsung tiada.
      wsalam.

      Comment by Cikgu Awang | June 27, 2009 | Reply

  7. salam cikgu awang!!apa khabar??saya pelajar lepasan spm..saya nak tumpang tanya trhdp ckgu..saya berminat dalam bidang pengurusan ladang dan senibina..subjek apakah yg patut saya ambil cikgu?sains fizik atau sastera?saya tgh keliru ni ckgu..tolongla ckgu..ckgu,adakah selepas saya masuk tngkatan enam,tawaran lain yg mngkin dtg kpd saya akan hilang??sebab saya tgh tggu keputusan dri jbatan tenaga manusia..

    Comment by muhd helmi | May 26, 2009 | Reply

    • adik helmi… sukar cikgu nak jawab sebab cikgu kurang arif dengan laluan kerjaya. adik boleh merujuk kepada guru kaunselor atau guru kerjaya di sekolah adik. Bagi cikgu jika adik masuk Tingkatan 6 tidak semestinya tawaran lain tidak akan datang kepada adik. Jangan salah fahan situasi ini, bahkan ada antara pelajar cikgu yang beberapa bulan lagi stpm mendapat tawaran daripada institusi lain.

      Comment by Cikgu Awang | June 27, 2009 | Reply

  8. salam..
    sy nk tny cikgu,,
    sy tlh mndpt twrn ke ipt dalam kos yg sy minati
    dalam pada masa yg sama,sy jge berminat untuk mengmbil f6
    jd,,pada pndpt cikgu manakah pilihan yg terbaik buat saya???

    Comment by hakim | June 10, 2009 | Reply

    • adik hakim….. berkenaan dengan laluan kerjaya cikgu tidak layak menjawab, adik sepatutnya merujuk kepada guru kaunseling adik. Cikgu tidak dapat membuat keputusan untuk adik, tetapi bagi cikgu adik kena ikut kata hati adik sendiri. adik lebih mengetahui kelebihan dan kekurangan adik. Bagi cikgu segala pilihan yang adik buat ada hikmah tersendiri. Wsalam.

      Comment by Cikgu Awang | June 27, 2009 | Reply

  9. mengapakah akaun tergantung hanya dibuka jika berlaku kesilapan ketara

    Comment by srimathi | June 19, 2009 | Reply

  10. saya pelajar uitm dan saya dpt kos pentadbiran awam,,
    masalahnya.. saya x bley nk bwk kos bisnes math..
    kalau saya pergi ke fom6 saya ambil kelas syariah yg rata
    subjeknya byk membaca..
    mcm bp, pa, muet,sej dan syariah..
    saya konfius smada patutkah sya truskan belajar di uitm or trus ke form 6.
    saya jugak tidak berminat dengan kos tersebut..
    sya juga telah bertanya dgn senior yg ambil f6 dan mreka berpendpat fom6 bukan sesuatu yg mrugikan..
    tambahan pula subjek yg sya blejar di fom6 merupakan subjek yg saya minat..
    fom6 juga menjimatkan masa..
    baru-baru ini ckgu juga kata yg fom6 sudah dinaik taraf..
    kwn2 juga kata yg jika sya pilih fom6 saya terpksa bersaing dengan pelajar matrix..
    saya confius untuk membuat keputusan..
    saya perlukan nasihat cikgu..

    Comment by ain | August 6, 2009 | Reply

    • adik cikgu bukan orang yang tepat untuk membuat keputusan untuk adik. adik harus membuat keputusan sendiri. adik dah mendapat banyak maklumat daripada rakan dan juag cikgu. Memang ada perkembangan terkini dalam T6 dan akan mula dilaksanakan tahun 2011 dan sepenuhnya 2011. Pada masa itu mungkin adik merupakan kelompok perintis program tersebut seperti pengenalan kepada kerja kursus dan kolokium untuk diambil kira dalam penilaian stpm nanti. Kelemahan ketara di T6 adalah subjek yang umum bukan mengarah kepada bidan pengkhususan spt di u atau kolej. Memang benar calon stpm mendapat merit yang lebih tinggi untuk kemasukan ke ipta berbanding calon lain. Tidak kira pada peringkat mana adik belajar, asalkan diiringi azam dan semangat kuat adik akan berjaya.

      Comment by Cikgu Awang | October 27, 2009 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: