Soalan dokumen perniagaan.
Soalan latihan dokumen perniagaan. Dapatkan di sini.
skema jawapan akan diterbitkan kemudian.
Mara-permohonan terbuka lulusan SPM
Dipetik daripada Berita Harian,20 Mei 2008(Selasa)
Berita baik untuk lepasan SPM 2007. Jangan lepaskan peluang ini.
Mara anjur program permohonan terbuka bagi lulusan SPM
Mara dalam satu kenyataan hari ini berkata, program itu bertujuan mendedahkan kepada pelajar, terutama pelajar bumiputera, mengenai peluang pendidikan yang ada.
Menurutnya, program itu disertai oleh pelbagai institusi pendidikan Mara termasuk Kolej Profesional Mara (KPM), Institut Kemahiran Mara (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi Mara(KKTM), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) dan German-Malaysian Institut (GMI).- Bernama
TEKAD KU
TEKAD KU…..
UNTUK MENDIDIK ANAK BANGSA
TANPA MENGIRA JANTINA, KAUM MAHUPUN BANGSA
AGAR MEREKA MENJADI INSAN MULIA
UNTUK NEGARA TERCINTA
TEKAD KU….
AKAN KU KERAH SEGALA ANGGOTA
AKAN KU KORBAN SEGALA TENAGA
MENUJU CITA MULIA
TEKADKU…
WALAU BADAI MELANDA
WALAU TAUFAN MENGGANAS
AKAN KU TEMPUHI
DEMI TEKAD KU
UNTUK ANAK BANGSA.
NUKILAN
AWG SHUKRI AWG SUUT
SMK BARU MIRI
15 MEI 2008
“SELAMAT HARI GURU” UNTUK PARA GURU YANG TELAH MENDIDIK DIRIKU SERTA SEMUA RAKAN SEPERJUANGAN YANG SETIA MENGORBANKAN MASA DAN TENAGA MENDIDIK ANAK BANGSA. TAHNIAH.”
“GURU CEMERLANG NEGARA TERBILANG”
Kelebihan calon SPM Prinsip Perakaunan
Selaras dengan usaha menaik taraf pendidikan mata pelajaran ke peringkat Antarabangsa melalui gabungan 2 Pensijilan Kebangsaan SPM dan industri professional ACCA (Charted Certified Accountants) dan LCCI (London Chamber of Commerce & Industry).
Pelajar mesti memperolehi 1A atau 2A dalam Prinsip Perakaunan.
1. LCCI
Pelajar dikecualikan Level 1 dan Level 2 LCCI.
2. ACCA
Pelajar dikecualikan Introductry Level-paper 1 & 2 CAT (ACCA Certified Accounting Technician)
Tingkatan 6 atau Diploma
Cikgu yakin pasti ada di antara pelajar yang ketika ini dalam dilema sama ada hendak melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma atau Tingkatan 6. Ramai guru dan pelajar mengatakan Tingkatan Enam paling sukar, para pelajar rasa takut dan menolak tawaran Tingkatan 6. Cikgu pun seperti anda dahulu (16 tahun dahulu). tidak yakin kemana arah tuju?
Di sini cikgu nak beri beberapa tips/panduan supaya pelajar dapat berfikir dengan tenang tentang pilihan yang nak dibuat.
1. Cemerlang dalan SPM, dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke matrik/diploma.
a. Jika kursus yang anda perolehi dan anda minat dengan kursus tersebut maka teruskan.
b. Kursus yang diperolehi tidak anda minati, cuba lihat secara positif dan tanamkan minat dalam diri anda.
Cemerlang tapi tidak mendapat tempat di mana-mana IPTA, maka anda boleh buat pilihan ke IPTS atau T 6.(yakin dengan diri anda-banyak kelebihan lain di Tingkatan 6)
2. Pencapaian sederhana dalam SPM
a. Jika dapat tawaran IPTA, teruskan dan mulakan episod baru dalam kehidupan anda.
b. tidak dapat tawaran IPTA/matrik, jangan putus asa. Cuba memohon di IPTS/Kolej komuniti.
c. dapat tawaran Tingkatan 6, terima dan alamilah pengalaman yang sangat berguna.
3. Pencapaian lemah
a. Tidak mendapat tawaran di mana-mana, jangan putus asa. Cuba memohon untuk memasuki pusat-pusat latihan teknikal yang ada di Malaysia. Terlalu banyak seperti CIDB, ILP, Giat Mara, Politeknik dll.
Nescaya anda akan berjaya.
“Seseungguhnya para pelajar sendiri yang mencorakkan masa depan pelajar sendiri”. Cikgu yang membimbing dan memberi nasihat sahaja. Ikut kata hati dan minta pendapat dari orang yang lebih arif.
Sekian.