Perubahan Sukatan Pelajaran Prinsip Akaun
mungkin ada guru-guru yang belum mendapat maklumat mengenai perubahan dalam sukatan pelajaran prinsip akaun tingkatan 4 dan 5. begitu juga saya? Ia akan dilaksanakan mulai SPM2008 ini. Guru-guru prinsip perakaunan yang mempunyai maklumat, boleh kongsikan bersama kami?
perubahan sukatan pelajaran prinsip perakaunan akan dibuat pada 2009. di mana ada tajuk yg akan dan ada tajuk baru yg akan ditambah …. biasalah perubahanlah katakan.
bila sukatan berubah soalan spm juga turut berubah… yg paling ketara sekali ialah soalan dokumen tidak akan lagi dimasukkan dalam soalan spm kertas 2 seperti tahun2 lepas. sebaliknya akan dijadikan kerja kursus / folio.
kalau ginilah caranya … beri komen kena “awaiting moderation” … maka setakat ini saja lah komen saya, yg pertama dan terakhir.
cgpa..
kebanyakan guru masih belum pasti soalan dokumen
akan dijadikan kerja kursus/folio. Melalui taklimat yang diperolehi dengan LPM, dengan dinyatakan dengan jelas lagi.
sye as a student n akn mlalui spm 2009
sye nk tnye sal kerja khusus 2
or folio kn?
for paper 3
kte mgne kn kmpter right?
tp cm mana nk wt dkumen2 dlm kmpter
sye da try p susah
ia juga mnymbg 20% utk spm pA
so sye rase btuah lah
hahaha
p tlg la
dokumen tidak akan ditanya di kertas 2.
kertas 3 (3756/3)
tugasan termasuk – kitaran perakaunan n analisis penyata kewangan.
smua dibuat berbantukan komputer.
Benar. SPM 2009 tiada soalan dokumen. Ia menjadi kerja kursus (Kertas 3) daripada penyediaan dokumen sehingga analisa penyata kewangan dan berbantukan komputer. Tempoh 14 minggu yang disediakan/dirancang dengan sepenuhnya untuk mendapat hasil yang memuaskan.
apakah tajuk baru yg akan diterbitkan pd thn 2009
kalau benar sukatan baru hendak dilaksanakan pada 2009, mana hitam putihnya. guru yg ajar akaun pun tak dapat lagi cara2 pelaksanaannya.
Sila rujuk link tersebut…. untuk makluman cikgu.. sukatan pelajaran baru digunapakai 2009 tetapi berkenaan format 3 kertas sepatutnya dilaksanakan tahun ini tapi….. (mungkin ditangguh ke 2011) -rujuk web cikgu narzuki di perakaunan.wordpress.com kalau belum ada hitam/putih kita akan guna format baru… taklimet telah diberi bulan November 2008. TQ
susah ar tak de soalan dokumen..
adik aishah….
adik boleh dapatkan soalan dokumen daripada koleksi soalan SPM yang disediakan. Selamat menjawab.
macam mana nak bukak huraian sukatan pelajaran pa ni?
cikgu dah betulkan link…. di harap dapat membantu adik.
wasalam
cikgu, sukatan pa tuk thn ni guna yang baru 2 ka?jadi format 3 paper 2 amcm?tq
cikgu… masih guna format lama iaitu 2 paper. Format 3 paper digunakan SPM 2011. 2010 mula sukatan baru untuk Tingkatan 4.
salam, so krts 2 soaln 1 pA mc d keklkn soaln dkumen pniagaan??
cikgu…so nanti saya nak gitau student2 saya bentuk soalan SPM tahun ni..saya tau seperti tahun lepas tapi itu x dapat memberikan gambaran yang jelas..
yg saya gitau pelajar ialah soalan 1 tetap keluar dokumen, soalan 2 – 6 saya pun kurang pasti…tq..
cikgu… memang spm 2009 dan 2010 masih kekal dengan format lama, cuma 2011 baharulah bermula dengan format baru. Soalan 1 tetap sama cuma soalan dua adalah soalan untuk bab ‘anchor’ seperti Rekod Tak Lengkap, Perkongsian, Kelab dan Persatuan, Pengeluaran. Cikgu juga boleh merujuk ke laman web cikgu narzuki atau rakan blog yang lain.