Tranformasi pendidikan 2010

Dipetik daripada Utusan Malaysia

Transformasi pendidikan bermula 2010

KUALA LUMPUR 12 Jun - Kementerian Pelajaran akan melaksanakan transformasi sistem pendidikan bermula 2010 bagi meningkatkan kualiti akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah murid.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, transformasi tersebut akan melibatkan beberapa perubahan dari segi kurikulum dan sistem peperiksaan sekolah.

”Kami akan buat perubahan dari segi kandungan kurikulum supaya ia menjadi lebih menarik dan seronok serta tidak membebankan pelajar.

”Kita nak wujudkan konsep ‘pelajar berlari ke sekolah dan berjalan pulang ke rumah’ sebagai menunjukkan betapa mereka seronok dan teruja untuk menimba ilmu di sekolah,” katanya ketika berucap merasmikan sambutan Hari Guru peringkat daerah Hulu Langat di sini hari ini.

Alimuddin berkata, selain kurikulum, transformasi tersebut juga akan melibatkan perubahan kepada sistem penilaian supaya tidak hanya berasaskan peperiksaan.

Menurutnya, melalui sistem penilaian baru itu, prestasi para pelajar akan dinilai sejak mereka berada di tahun satu lagi.

”Ini bermakna ketika pelajar-pelajar itu menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), peperiksaan mereka melibatkan silibus yang kecil sahaja kerana mereka telah dinilai sejak awal lagi,” jelasnya.

Beliau memberitahu, sistem yang bakal dilaksanakan itu akan menggunakan sistem pengumpulan mata seperti dilaksanakan di universiti.

Menurut Alimuddin lagi, tahun ini sebanyak 50 sekolah telah dipilih sebagai perintis bagi melaksanakan transformasi tersebut dan ia akan diteruskan kepada 500 buah lagi pada tahun hadapan serta ke seluruh negara menjelang 2010.

Beliau berharap, melalui mekanisme transformasi itu, lebih ramai pelajar yang bermutu, berilmu pengetahuan dan berdisiplin dapat dilahirkan menjelang tahun 2020.

”Pelajar-pelajar yang berada di peringkat sekolah sekarang ini akan berusia antara 20 hingga 30 tahun menjelang 2020 dan produktiviti mereka sangat diperlukan untuk memajukan negara,” katanya.

Percutian ke Sabah

Tarikh:27 Mei - 30 Mei 2008.

Tempat : 1. Air Panas Poring  2. Kota Kinabalu.

Pada cuti semester yang lepas, cikgu berpeluang melancong bersama-sama keluarga ke Sabah. Dapatlah melepaskan sedikit keletihan mengajar (seronok mengajar) di samping menyahut seruan kerajaan untuk melancong dalam negeri. Percutian ini seperti kembali ke kampung halaman, sebab cikgu pernah menuntut di Maktab Perguruan Gaya, KK (2001)

Perjalanan bermula dengan bertolak dari Miri dan singgah ke Limbang (besan) yang turut serta dalam percutian. Cikgu bersyukur kerana sepanjang perjalanan selama 5 jam banyak kawasan yang dilalui. Bersyukur juga sepanjang lawatan banyak sekolah menengah dan rendah dilewati dan cikgu sedar betapa bertuahnya kita sebagai rakyat Malaysia. Banyak kemudahan disedikan untuk anak bangsa. Dari Limbang, Lawas, Sepitang, Beufort, Inanam ke Kota Kinabalu terdapat banyak sekolah. Cikgu sendiri pernah menjalani praktikal di SMK Kuala Penyu. Cikgu gembira sepanjang di sana.

Hari pertama menginap di Kompleks Tabung Haji, KK. Sewa berpatutan. Hari kedua perjalanan menuju ke Kolam Air Panas Poring dan Taman Kinabalu. Lebih kurang 2 jam dari KK. Sekali lagi cikgu tertarik dengan keindahan flora dan fauna sepanjang perjalanan. Rugi juga rasa tak sempat berendam dalam kolam air panas, memang panas, sebab ramai orang. waktu cuti katakan. Perjalanan balik singgah ke Taman Kinabalu. Cuaca waktu tu mendung. Cikgu menyusuri jalan kecil sepanjang taman tersebut. Kabus tebal dan udara sangat sejuk. Seronoknya. Sungguh indah sekali. Tapi mengikut makluman rakan-rakan, kesejukan di kawasan Kundasang telah berkurangan berbanding dulu. Ya, ini akibat perbuatan manusia juga. Cameron Highland sekarang pun dah tak sejuk. Rakyat Sabah mesti berbangga dengan khazanah pemberian Yang Maha Kuasa.

Sekembali ke KK kami menginap di Apartment Promenede. Kadar sewa berpatutan. sepanjang berada di KK selama 2 hari pelbagai tempat di lawati. Pasar Filipina, Muzium, Shopping Kompleks. Wah sungguh berbeza KK kini berbanding dahulu. Pelbagai bangsa, bahasa dan budaya bersatu dalam satu masyarakat majmuk. Bertuah lagi kerana hidup di Malaysia yang aman damai.

Percutian yang berbaloi walaupun letih. Semoga suatu hari nanti cikgu akan dapat pergi lagi ke Sabah. Tempat yang paling jauh cikgu pergi dulu ke Sandakan. Teringin sekarang nak malawat Tawau, Semporna dan Lahad Datu. Cikgu pun lama tak berhubungan dengan rakan-rakan lama.

Tamat cuti, kini tumpuan kembali kearah persediaan anak murid. Dengan fikiran yang lebih tenang dan segar semoga dapat menyampaikan ilmu dengan lebih berkesan lagi.

Selamat Tinggal Sabah. Jumpa lagi.

 

 

 

Soalan dokumen perniagaan.

Soalan latihan dokumen perniagaan. Dapatkan di sini.

dokumen-perniagaan-11

skema jawapan akan diterbitkan kemudian.

Mara-permohonan terbuka lulusan SPM

Dipetik daripada Berita Harian,20 Mei 2008(Selasa)

Berita baik untuk lepasan SPM 2007. Jangan lepaskan peluang ini.

Mara anjur program permohonan terbuka bagi lulusan SPM

KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan menganjurkan program permohonan terbuka bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang belum mendapat tempat di Institusi Pengajian Tinggi di seluruh negara mulai 2 Jun ini.

Mara dalam satu kenyataan hari ini berkata, program itu bertujuan mendedahkan kepada pelajar, terutama pelajar bumiputera, mengenai peluang pendidikan yang ada.

Menurutnya, program itu disertai oleh pelbagai institusi pendidikan Mara termasuk Kolej Profesional Mara (KPM), Institut Kemahiran Mara (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi Mara(KKTM), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) dan German-Malaysian Institut (GMI).- Bernama

TEKAD KU

TEKAD KU…..

UNTUK MENDIDIK ANAK BANGSA

TANPA MENGIRA JANTINA, KAUM MAHUPUN BANGSA

AGAR MEREKA MENJADI INSAN MULIA

UNTUK NEGARA TERCINTA

TEKAD KU….

AKAN KU KERAH SEGALA ANGGOTA

AKAN KU KORBAN SEGALA TENAGA

MENUJU CITA MULIA

TEKADKU…

WALAU BADAI MELANDA

WALAU TAUFAN MENGGANAS

AKAN KU TEMPUHI

DEMI TEKAD KU

UNTUK ANAK BANGSA.

NUKILAN

AWG SHUKRI AWG SUUT

SMK BARU MIRI

15 MEI 2008

“SELAMAT HARI GURU” UNTUK PARA GURU YANG TELAH MENDIDIK DIRIKU SERTA SEMUA RAKAN SEPERJUANGAN YANG SETIA MENGORBANKAN MASA DAN TENAGA MENDIDIK ANAK BANGSA. TAHNIAH.”

“GURU CEMERLANG NEGARA TERBILANG”

 

 

Kelebihan calon SPM Prinsip Perakaunan

Selaras dengan usaha menaik taraf pendidikan mata pelajaran ke peringkat Antarabangsa melalui gabungan 2 Pensijilan Kebangsaan SPM dan industri professional ACCA (Charted Certified Accountants) dan LCCI (London Chamber of Commerce & Industry).

Pelajar mesti memperolehi 1A atau 2A dalam Prinsip Perakaunan.

1. LCCI

Pelajar dikecualikan Level 1 dan Level 2 LCCI.

2. ACCA

Pelajar dikecualikan Introductry Level-paper 1 & 2 CAT (ACCA Certified Accounting Technician)

Analisa 10 tahun SPM Prinsip Perakaunan

Tingkatan 6 atau Diploma

Cikgu yakin pasti ada di antara pelajar yang ketika ini dalam dilema sama ada hendak melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma atau Tingkatan 6. Ramai guru dan pelajar mengatakan Tingkatan Enam paling sukar, para pelajar rasa takut dan menolak tawaran Tingkatan 6. Cikgu pun seperti anda dahulu (16 tahun dahulu). tidak yakin kemana arah tuju?

Di sini cikgu nak beri beberapa tips/panduan supaya pelajar dapat berfikir dengan tenang tentang pilihan yang nak dibuat.

1. Cemerlang dalan SPM, dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke matrik/diploma.

a. Jika kursus yang anda perolehi dan anda minat dengan kursus tersebut maka teruskan.

b. Kursus yang diperolehi tidak anda minati, cuba lihat secara positif dan tanamkan minat dalam diri anda.

Cemerlang tapi tidak mendapat tempat di mana-mana IPTA, maka anda boleh buat pilihan ke IPTS atau T 6.(yakin dengan diri anda-banyak kelebihan lain di Tingkatan 6)

2. Pencapaian sederhana dalam SPM

a. Jika dapat tawaran IPTA, teruskan dan mulakan episod baru dalam kehidupan anda.

b. tidak dapat tawaran IPTA/matrik, jangan putus asa. Cuba memohon di IPTS/Kolej komuniti.

c. dapat tawaran Tingkatan 6, terima dan alamilah pengalaman yang sangat berguna.

3. Pencapaian lemah

a. Tidak mendapat tawaran di mana-mana, jangan putus asa. Cuba memohon untuk memasuki pusat-pusat latihan teknikal yang ada di Malaysia. Terlalu banyak seperti CIDB, ILP, Giat Mara, Politeknik dll.

Nescaya anda akan berjaya.

“Seseungguhnya para pelajar sendiri yang mencorakkan masa depan pelajar sendiri”. Cikgu yang membimbing dan memberi nasihat sahaja. Ikut kata hati dan minta pendapat dari orang yang lebih arif.

Sekian.

takwim peperiksaan awam 2008

SPM2008

ada tips untuk soalan pada tahun ini tak?